Friday, January 14, 2011


            Energi vital (Chi) atau Bio-Energi adalah tenaga semulajadi yang memang sudah sediada dalam diri sesaorang manusia sejak dilahirkan.. Kajian mengenai Energi vital (Chi) ini sudah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu. Ia bermula dari tamadun Greek, tamadun Tanah Arab hingga tamadun China. Orang Jepun memanggil tenaga ini sebagai KI. Manakala orang China memanggil tenaga ini sebagai CHI. Tenaga ini merupakan pengerak utama sistem tubuh manusia. Tanpa tenaga ini tiada kehidupan di alam ini. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di luar tubuh kita akan memberi kesan yang cukup hebat kepada sesaorang itu.
  Seawal-awal kejadian ialah (Nur) Hadis Rasullullah s.a.w. menurut pendapat para psikologi dan para metafisik, Cahaya atau nur itu adalah energi atau getaran (Vibration) di mana energi tadi sangat di perlukan makhluk untuk hidup. Energi tadi di kenali sebagai energi vital (Chi) atau Bio-Energi.

           Setiap makhluk hidup memerlukan energi vital (Chi) agar tetap hidup. Chi mengalir masuk dan keluar dari tubuh dengan kuantiti dan kualiti yang tergantung pada kesadaran (kepekaan) dan latihan.

 Seseorang yang telah melatih dirinya dengan cara yang betul akan di aliri oleh energi yang sangat besar kuantiti dan sangat tinggi kualitinya.

 Sebenarnya chi tidak hanya mengalir di dalam tubuh tetapi ia juga mengalir di luar tubuh. Chi yang berada di luar tubuh fizik membentuk lapisan perlindungan yang berbentuk bujur ia biasanya di kenali sebagai Aura.
 

  Lingkaran cahaya pada aura mengandungi medan tenaga magnet. Warna adalah ukuran tenaga bagi aura. Setiap kehidupan di muka bumi ini adalah unsur tenaga. Setiap benda mempunyai bentuk tenaga dan aura yang tersendiri.
        
Bagi seseorang yang telah mempelajari kaedah yang betul dapat menyerap energi alami di persekitarannya bahkan dapat melihat aura. Aura manusia adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan kita. Tenaga ini membentuk diri kita, siapakah diri kita dan sebaliknya aura itu akan menjadi lebih baik atau lebih teruk disebabkan oleh persekitaran dan cara hidup kita.

           Aura pada manusia berperanan bagi  menerangkan kekuatan gelombang listrik yang dipancarkan dari pusat tenaga yang ada di dalam tubuh manusia yang dinamakan cakra. Lingkaran cahaya ini mengandungi medan tenaga megnet, bio energy. Warna merupakan satu ukuran tenaga bagi sesuatu gelombang. Maknanya warna Aura merupakan satu ukuran tenaga dalam diri seseorang. Bergantung kepada kesihatan kita, perwatakan kita, aktiviti mental kita dan keadaan emosi kita.
   
         Sekiranya ada kelemahan pada organ-organ tertentu ianya akan dipengaruhi oleh Aura ini. Aura juga boleh menunjukkan atau mengesan penyakit , selalunya sebelum simptom-simptom penyakit menunjukkan kesannya. Kelemahan tersebut dapat diseimbangkan dengan memancarkan Aura kearah organ yang bersangkutan. Aura berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan juga tahap kerohanian seseorang.

        Tenaga dalaman berbeza dengan tenaga batin atau ilmu batin. Ia dapat diaktifkan dengan cara berpuasa, berzikir ,berdoa dan berjampi.  Ilmu batin ditingkatkan dengan kehadiran khodam secara ghaib.
           Semua manusia di muka bumi ini memiliki tenaga dalaman.  Hanya kita yang belum sedar tentang kewujudan tenaga dalaman dalam diri kita.  Ia tersembunyi dalam badan selagi tidak dibangkitkan.
 
           Ia adalah aliran listrik yang terdapat dalam badan manusia.  Tenaga dalaman berbeza dengan tenaga luaran.  Tenaga luaran ialah tenaga biasa yang dihasilkan daripada pembakaran karbohidrat.  Tenaga luaran juga disebut sebagai tenaga fizik.  Tenaga fizik hanya melibatkan kekuatan fizikal semata-mata. 

           Tenaga dalaman adalah kekuatan abstrak yang muncul dari alam minda separa sedar.  Ia melibatkan tenaga pada alam metafizik.Daya kekuatan tenaga dalaman lebih besar daripada tenaga fizikal.
           
          Menurut pakar pengkaji otak, manusia normal hanya menggunakan tidak lebih daripada 2 peratus keupayaan otak.  Bagaimana pula dengan 98 peratus keupayaan otak manusia?  Apabila manusia dapat menggunakan 100 peratus kuasa otaknya, tidak dapat dibayangkan betapa hebatnya kuasa yang  bakal dilakukan.  Ia memiliki kekuatan yang dahysat !!!!!!!!!!!!!!. 


            Manusia memiliki unsure kimia tubuh (Body Chemistry) yang bernama ATP (Adenosin Tri Phosphate). ATP ini dapat berubah menjadi energi melalui proses metabolisme tubuh.
              O2 + ATP + Glikogen Energi yang dihasilkan oleh ATP tersebut sangat berlimpah-ruah. Malah dapat dijadikan sebagai kekuatan yang luar biasa apabila manusia dalam keadaan kejiwaan tertentu, seperti terhipnotis, panik, tidur berjalan atau trance.  Selain itu, ATP juga berfungsi sebagai energi cadangan.  Misalnya, setelah kita bersukan dan keletihan kemudian bila direhatkan sejenak maka tubuh kita akan pulih kembali.  Energi yang dihasilkan oleh ATP dalam keadaan sehari-hari berupa panas tubuh, membantu lancarnya penyaluran adrenalin, menghidupkan kimia tubuh untuk membentuk kekebalan tubuh (zat anitbodi), menghidupkan aktiviti pencernaan dan menghidupkan semua aktiviti organ dalam tubuh manusia.  Berdasaarkan penelitian, manusia dalam kehidupan sehari-hari hanya menggunakan sekitar 2.5% dari seluruh fasiliti energi tubuhnya.  Sedangkan yang 97.5% lainnya tersembunyi.


         Bayangkan bila kita dapat membangkitkan seluruh energi tersebut, manusia daptat mengubah tubuhnya menjadi energi dan dapat melakukan apapun yang diimiginasikan dan difikirkannya.
          
          Permasalahannya adalah bagaimana cara mengoptimakan dan membangkitkan energi yang tersimpan itu agar dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.